Laporan bagi pameran bahan bantuan mengajar ini merangkumi tiga fasa iaitu sebelum hari pameran, semasa hari pameran dan selepas hari pameran.
SEBELUM HARI PAMERAN
- Kumpulan kami telah membuat satu perbincangan untuk memilih teknik yang ingin dijadikan sebagai salah satu teknik selaras dengan bahan bantuan mengajar.
- Sebelum memulakan pameran kumpulan kami terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina alat bantu mnegajar sesuai dengan teknik yang telah dipilih iaitu teknik prosedur ReQuest.
- Seminggu sebelum membina alat bantuan mengajar kami menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan seperti kotak, kertas warna, dart, gam dan kabus.
- Kami memilih permainan dam ular yang telah diubai suai dan membaling dart sebagai alat bantuan mengajar kumpulan kami.
- Sehari sebelum hari pameran juga kami telah mengatur tempat pameran kumpulan kami iaitu kumpulan D4. Kami menghias meja dan papan pameran untuk hari pameran. Kerja-kerja membersihkan tempat pameran juga dilakukan.
Gamabar di atas menunjukkan kumpulan kami sedang menghias dan membersihkan tempat pameran sehari sebelum hari pameran.
SEMASA HARI PAMERAN
- Semasa hari pameran kumpulan kami telah menyediakan maklumat tentang Teknik Prosedur ReQuest dan juga melekatkan dart alat bantu mengajar kami di atas papan pameran. Manakala dam ular yang telah diubah suai diletakkan di lantai.
- Pameran berlangsung dengan sangat baik. Pameran berlangsung daripada pukul 8.00 pagi sehinggah pukul 1.00 tengah hari.
- Bahan bantuan mengajar kami mendapat perhatian ramai daripada pengunjung pada hari pameran tersebut.
- Cara menggunakan alat bantu mengajar kami adalah seperti berikut:
- Dua atau seorang pelajar mewakili kumpulan diperlukan untuk memainkan permainan ini.
- Kemudian, terdapat lima balang soalan yang berwarna -warni yang berisi pelbagai-bagai soalan.
- Pelajar dikehendaki untuk membalingkan dart yang telah disediakan. Kemudian dart yang terkena pada sasaran mengikut warna akan menjawab soalan daripada bekas sesuai dengan warna sasaran.
- Sekiranya, pelajar mampu menjawab soalan tersebut, pelajar akan maju ke langkah seterusnya, sekiranya gagal akan diberikan denda seperti menyanyikan lagu Negaraku ataupun mencipta pantun.
- Pelajar yang berjaya menghabiskan permainan ini diberikan hadiah misteri.
- Pengunjung terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Gambar di atas menunjukkan bahan pameran semasa berlangsungnya pameran. Sasaran untuk dart dan juga maklumat tentang Prosedru ReQuest dilekatkan pada papan pameran.

Gambar kedua menunjukkan bahan bantuan mengajar yang digunakan iaitu dam. Pelajar bukan sahaja bermain sambil belajar malah kata-kata semangat seperti Jangan Menyerah!, Berusaha Lagi! , dan Anda Hebat! dituliskan atas dam untuk menaikkan lagi semangat pelajar dalam mempermainkan permainan ini.
Gambar di atas menunjukkan pengunjung sedang bermain menggunakan alat bahan bantuan mengajar dam dan dart ini.
Semasa pameran dijalankan kami turut menyediakan Photobooth kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenang-kenangan sepanjang pameran ini. Gambar-gambar di atas juga adalah gambar ahli-ahli kumpulan bersama pengunjunga pameran kumpulan kami.
Kumpulan kami juga telah menyediakan "Guest Book" untuk mendapatkan respon para pengunjung selepas bermain sambil belajar bersama alat bantuan mengajar yang kumpulan kami bina. Kami mendapat respon yang sangat baik daripada pengunjung. Gambar-gambar di atas menunjukkan respon para pengunjung.
SELEPAS PAMERAN
- Selepas pameran, banyak input yang kami peroleh untuk memperbaiki alat bantuan mengajar kumpulan kami.
- Selepas pameran kami dikehendaki untuk membina blog bagi berkongsi dengan semua pembaca tentang bahan bantuan mengajar yang kami telah hasilkan.
Harapan
Kumpulan kami berharap agar semua yang membaca blog ini mendapatkan manfaat dan manfaat tersebut boleh turut dikongsikan kepada orang lain. Guru-guru juga diharapkan agar dapat menggunakan dan mengaplikasikan alat bantu mengajar yang telah dibina di sekolah. Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment